Setiap hari kita akan ronda kebun untuk cari buah yang masak untuk di tuai.
Tetapi kadang kita jumpa pokok yang keluarkan buah warna yang berbeza. Berbeza macam mana?
Buah Sawit Warna Hijau

contoh buah virescens
Apa terjadi? Kena buang ke?
Sebenarnya ini adalah mutasi baka yang terjadi kepada pokok kelapa sawit. Sama seperti manusia, kadang perubahan genetik baka akan lahirkan manusia yang berbeza-beza seperti orang albino di mana gen yang mengawal warna kulit berbeza dari biasa.
Namanya adalah Sawit Virescens.
Kalau Buah sawit yang biasa dinamakan Sawit Nigrescens.
Kejadian buah hijau ini, tiada kaitan dengan penumbesaran atau pembajaan.
Jika ada orang kata kalau pakai baja brand X ini boleh selesai masalah.
Itu adalah penipuan semata mata.
Apa yang membezakan Virescens dengan Nigrescens?
Buah mentah Virescens adalah hijau dan buah masaknya adalah oren seperti rajah dibawah.

Berapa kerap mutasi warna ni berlaku?
Di Malaysia, kejadian buah virescens ini adalah sangat jarang.
Rasanya tak semua peladang sawit pernah jumpa buah sebegini.
Mengikut kajian, tidak sampai 1% pun mutasi baka warna ni berlaku. Akan tetapi di negara Congo ada set sampel sampai 50%.
Adakah buah ini boleh dijual?
Pada masa sekarang, pembeli buah sawit menerima buah sebegini disebabkan kuantiti yang sangat sedikit. Apabila dicampur dengan buah biasa dalam lori atau bin, kadang kadang pembeli tidak perasan pun ada buah virescens.
Peladang sawit tidak perlu risau tentang perkara ini.
Sekian Sawit,
Oil Palm Pal
Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?
Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit
Saya akan cuba tolong dengan ikhlas.
Moga berhasil :)
Artikel Terbaru
Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien
Cara buat aduan MPOB
5 Hak Pekebun di Ramp Buah (Penimbang Buah)
Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?
Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.
Moga berhasil :)
Artikel Ilmu Sawit Tambahan
Siapakah Oil Palm Pal?
Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.
Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.
Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.