Baja Urea atau pupuk Urea adalah sejenis baja nitrogen yang mempunyai nisbah NPK (nitrogen-phosphorus-Kalium) 46-0-0. Ini bermakna kandungan nitrogen adalah 46%.
Urea merupakan antara baja nitrogen murah yang ada di pasaran, akan tetapi pasaran sekarang telah menunjukkan kenaikan harga bagi semua jenis baja.
Walaupun Urea lebih murah berbanding baja lain, Urea ada satu kekurangan ketara iaitu boleh hilang 20-40% nilai nitrogennya jika ditabur dengan salah. Ini akan dibincangkan di bawah.

Kelebihan menggunakan Pupuk Urea
- Kandungan Nutrien Tinggi
Kelebihan utama menggunakan pupuk urea, adalah kandungan nutrien Nitrogen (N) yang tinggi iaitu 46%. Ini bermakna dalam 50kg guni baja terdapat kandungan 23kg nutrien Nitrogern (N).
Kandungan Nitrogen (N) satu beg 50kg = 23kg Nitrogen (N) iaitu 46%.
Kandungan nutrien secara teori adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan pupuk yang lain akan tetapi mempunyai kadar pemeruapan (volitazation yang tinggi) yang akan mengurangkan kadar nutrien sehingga 30%.
- Harga yang lebih murah
Pupuk urea jika dibandingkan dengan baja nitrogen lain adalah lebih murah.
Kekurangan menggunakan Baja Urea
- Hanya selepas 4-5 hari perubahan pada suhu bilik boleh digunakan urea. Dalam proses ammoniasi, majoriti nitrogen mudah meruap. Dalam kebanyakan kes, kadar penggunaan sebenar hanya sekitar 30%. Jika urea disembur ke tanah yang beralkali dan mempunyai kepekatan bahan organik yang tinggi.
- Kerosakan pupuk mudah disebabkan oleh terlalu banyak urea. Oleh kerana urea mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi, ia tidak boleh digunakan secara berlebihan untuk mengelakkan kerosakan sisa dan baja. Ramai petani di kawasan pengeluaran buah-buahan menggunakan banyak urea, yang membunuh pokok dan mempunyai implikasi bencana.
- Urea mesti digunakan lebih awal kerana ia mengambil masa yang lama untuk berkesan. Kita mesti sedar bagaimana urea terurai di dalam tanah apabila ia digunakan sebagai pembalut atas. Urea mesti ditukar kepada nitrogen ammonia kira-kira 7 hari selepas permohonan untuk menawarkan kesan pupuk.
- Dari segi alam sekitar, penghasilan urea melibatkan pelepasan pelbagai bahan kimia toksik ke atmosfera. Tambahan pula, urea (terutamanya urea nitrat) ialah bahan meruap yang mungkin meletup jika disimpan dengan tidak betul atau tanpa pemantauan.
Keadaan yang merosotkan kandungan nitrogen dalam Pupuk Urea
Pupuk Urea dikatakan 'pupuk panas' disebabkan pemeruapan nutrien Nitrogen.
Terdapat beberapa keadaan yang dapat memburukkan lagi kehilangan nutrien dalam urea iaitu:
- Tanah Lembap / Berembun kemudian cuaca panas/kering
- Suhu panas (pembajaan pada waktu panas terik)
- Suhu tanah yang tinggi (kurang rumput, tanah botak)
- Tanah berpasir
- Tanah CEC rendah
- Tanah yang kurang bahan organik atau topsoil
Harga Pasaran Urea
Harga Baja pupuk Terkini di Malaysia :
RM150 hingga RM170 per 50kg
Pupuk Urea Petronas
Disebabkan bahan mentah baja urea adalah gas asli (penghasilan ammonia),
Syarikat Petronas adalah antara pembekal Urea utama.

Cara Pembuatan Urea
Urea dihasilkan dengan 2 bahan utama iaitu
- Ammonia (Gas Asli)
- Karbon dioksida (Udara)
Dibawah adalah tindakbalas kimia penghasilan Baja Urea


Kesimpulan
Urea adalah bentuk baja nitrogen kos rendah. Ini kerana kandungan nitrogennya yang tinggi komposisi dan akibatnya kos pengangkutan dan penyimpanan yang rendah. Urea mungkin baja pilihan apabila hanya nitrogen diperlukan dalam program pembajaan pertanian.
Pekebun dan petani perlu berwaspada apabila memilih baja urea ini sebagai Baja Nitrogen pilihan kerana kadar kehilangan nutrien dan pemeruapannya.
Sekian Sawit,
~Oil Palm Pal
Video Terbaru - Cara Kira Harga Buah Sawit di Malaysia
Berita Terbaru
NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia
India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia
Senarai berita lainArtikel Terbaru
Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV
4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan
Artikel Ilmu Sawit Tambahan
Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?
Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.
Moga berhasil :)
Siapakah Oil Palm Pal?
Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.
Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.
Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.