Terma / Kata Lazim | Kata Sebenar | Maksud sebenar |
---|---|---|
Air Masam, Air Karat | Air Berasid , | Biasa datang dari tanah Asid Sulfat di mana kandungan besi (pyrite) terdioksida menjadi asid dan masuk dalam air. |
AS | Ammonium Sulphate | Sejenis baja yang memberi unsur nitrogen, untuk perkembangan daun. |
BTS | Buah Tandan Segar, | Buah kelapa sawit yang dikait untuk dijual |
Dura | Dura | Baka kelapa sawit di mana isirong tebal. Berat tinggi tetapi Perahan minyak rendah |
DxP | Dura X Psifiera | Baka DXP yang menjadi baka pilihan untuk memaksimumkan kadar perahan minyak |
EFB | Empty Fruit Bunch, Tandan Kosong | Tandan kosong yang hasil selepas proses perahan minyak sawit. Digunakan untuk sungkupan dan baja di dalam kebun |
Forson | Traktor | Kata nama digunakan di sesetengah kawasan di Sarawak. |
Hong | Lorong pokok, Harvesters Path | Lorong di antara pokok yang menjadi laluan penuai buah |
Jimney | Kereta 4x4, Jip | Kenderaan 4x4 size kecil seperti Jip |
Kasaran | Crusher Run | Batu yang berukuran kurang dari 3 inci yang digunakan untuk baiki jalan ladang |
Kopi O | Paraquat, Gramaxone | Racun Rumput Kelas 1, yang diharamkan kerajaan Malaysia disebabkan bahaya. |
Lap | Sangkut | Terma di Borneo bagi kenderaan yang sangkut dalam lumpur |
Mengkal | Buah Mengkal, Underripe | Buah yang kurang masak, belum gugur biji lerai |
MOP | Muraite of Potash | Sejenis baja yang memberi unsur kalium, untuk perkembangan buah |
NPK | Nitrogen, Phosphorus, Kalium | Adalah singkatan bagi kandungan nutirent bagi baja |
OER | Oil Extraction Rate, Kadar Perahan Minyak | Kadar jumlah minyak yang diperah bahagi dengan berat buah kelapa sawit |
Proning, Runing | Pruning, Pemangakasan | Kerja membuang daun pelepah mati di pokok untuk memudahkan kerja mengait buah |
Rantai | Chain (ukurun) | Satu ukuran jarak bersamaan 20 meter |
RP | Rock phosphate | Sejenis baja yang memberi unsur phosphate (fosfat), untuk perkembangan akar. |
Tombak | Potong buah, Harvesting | Memotong buah kelapa sawit |