Pokok Tumbang - Kesan Kulat Ganoderma
Ganoderma merupakan masalah besar dalam industri sawit. Penyakit reput pangkal sering terjadi di ladang dan kebun kelapa sawit dan juga dikenali sebagai Penyakit Pokok Tumbang
Punca Ganoderma Sawit
Penyakit reput pangkal batang disebabkan oleh kulat Ganoderma. Sebanyak 15 spesies Ganoderma telah dilaporkan merupakan patogen penyakit RPB.
Di antara 15 spesies tersebut, tujuh spesies dilaporkan di Semenanjung Malaysia, iaitu G.applanatum, G. boninense, G. chalceum, G. lucidum, G. miniatocinctum, G.pseudoferreum dan G. tornatum (Turner,1981)
G. boninense merupakan spesies utama yang menyebabkan penyakit RPB pada pokok-pokok kelapa sawit di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.
Baja Tulen - FB : Megabizz
Cara penyebaran Ganoderma Sawit
Ganoderma merupakan parasit fakultatif yang hidup secara saprofitik pada pangkal dan batang pokok yang mereput yang menjadi sumber makanannya.
Turner (1981) melaporkan bahawa jangkitan dan penyebaran Ganoderma berlaku melalui persentuhan akar. Kejadian penyakit bermula apabila
terdapat sentuhan antara akar pokok yang sihat dengan tisu akar atau batang pokok asal yang telah dijangkiti kulat Ganoderma yang dibiarkan mereput di ladang. Kulat Ganoderma akan menjangkiti dan tumbuh ke dalam akar sehingga jangkitan sepanjang akar sampai ke pangkal batang pokok kelapa sawit.
Melalui persentuhan akar pokok sihat dengan pokok terjangkit, maka beberapa tapak jangkitan akan terbentuk di dalam sesuatu ladang, kemudiannya tapak-tapak jangkitan ini akan bercantum membentuk tompokan penyakit yang besar
Pertama sekali tindakan susulan bergantung kepada status (tahap) ganoderma pokok.
Tahap teruk (sudah tumbang)
- Pokok tumbang tak boleh diselamatkan. untuk elak jangkitan seterusnya (akar dia perlu dicincang oleh mesin dan dijemur)
Tahap teruk (tanda sakit teruk)
Pokok akan tunjuk tanda stress seperti pucuk daun (spear) yang banyak keluar tetapi tidak buka seperti di bawah

Rawatan Secara Kimia
Berdasarkan kajian MPOB, Ganoderma boleh dirawat menggunakan bahan kimia iaitu:
Hexaconazole (9g a.i.)
Hexaconazole ini dibancuh bersama air dan diaplikasikan menggunakan dua cara:
- Suntikan Pangkal
- Bancuhan kimia di buat - 9 liter air + 180ml hexaconazole (9g a.i.)
- Semburan Basah Pangkal
- Bancuhan kimia di buat - 9 liter air + 180ml hexaconazole (9g a.i.)
Bancuhan disuntik menggunakan pam motor di kawasan pangkal pokok seperti yang ditunjukan dalam gambarajah 1B.
Bancuhan disembur menggunakan pam di kawasan bulatan pokok seperti yang ditunjukan dalam gambarajah 1a. Pastikan semburan adalah sampai tanah basah.
Rujukan MPOB
❗ Perhatian❗
Pokok yang sudah berlubang akan tumbang juga walaupun kulat di pangkal sudah dirawat.
Ini kerana sokongan fizikal pokok sudah hilang untuk menampung berat pokok.
Apa harus dibuat untuk pokok yang sudah berlubang?
Gunakan Cara Mounding
Cara untuk bendung serangan ganoderma jika hendak tanam smula
- Semua akar pokok yang tumbang perlu cincang dan jemur.
- Jangan tanam sawit baru di bawah sawit yang belum ditumbangkan. Anak sawit baru confirm akan terjangkiti, Sekarang saya jumpa pokok umur 5-6 tahun dah tumbang sebab ganoderma.
- Pengunaan mycorhizae dalam tanah, baja yang ada AMF.
Kesan Sanitasi Tunggul Sawit ke Atas Jangkitan Ganoderma di Kawasan Tanam Semula
Amalan sanitasi dengan menorek tanah dan tunggul pokok tua seluas 1.5 m panjang X 1.5 m lebar X 1.5 m dalam, sebelum menanam semula sawit telah mengurangkan kejadian penyakit RPB ke atas pokok sawit baru.
Kejadian penyakit RPB adalah kurang daripada 1% di kawasan yang mengamalkan sanitasi berbanding lebih 13% di kawasan yang tidak mengamalkan sanitasi, selepas 10 tahun pokok sawit ditanam.
Moga ilmunya bermanfaat.
Sekian Saja,
-Oil Palm Pal
Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?
Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit
Saya akan tolong dengan ikhlas.
Moga berhasil :)
Article Ilmu yang lain
🐭 Adakah kebun anda diserang tikus?🐭
Buah sawit hijau?
Borang digital untuk operasi sawit
Perlukan pertolongan?
